Dua Lelaki dan GRO Separuh Bogel Ketika Ditahan


GEORGE TOWN - Dua orang lelaki dan pasangan mereka dipercayai GRO ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Burmah Road oleh pegawai penguatkuasa.

Kedua-dua wanita itu merupakan antara 41 warga asing yang dipercayai bekerja sebagai GRO yang ditahan semasa Ops Sayang yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen di negara itu.



Difahamkan dua lelaki itu dibebaskan selepas soal siasat.

Pegawai penguatkuasa Imigresen turut menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai bapa ayam semasa serbuan itu.

Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata seramai 47 anggotanya ditugaskan dalam serbuan itu.

0 Response to "Dua Lelaki dan GRO Separuh Bogel Ketika Ditahan"

Post a Comment