Geram! Suami Kecewa Terhadap Doktor & Jururawat Bersalin Di Hospital Alor Setar!

Gambar Sekadar Hiasan



Assalamualaikum Datuk, 

Saya amat berdukacita dan kecewa dengan layanan doktor serta jururawat yang bertugas di wad Kenanga 2D Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 30 Mac 2015 pada jam 10 pagi.

Isteri saya ketika itu sakit kuat hendak bersalin semasa di dalam wad. Isteri saya telah maklumkan perkara tersebut kepada doktor dan jururawat bertugas. Tetapi hanya diberitahu,

"Takpa, lambat lagi nak bersalin,"

Sehingga beberapa kali memanggil doktor dan jururawat tetapi tiada seorang pun mereka yang datang membantu.

Tambahan sehingga pesakit di sebelah katil isteri saya pergi memanggil mereka tetapi tidak juga datang membantu. 

Akhirnya isteri saya bangun sendiri berjalan dalam keadaan sakit hendak bersalin pergi ke kaunter jururawat memanggil mereka dan jururawat hanya menyuruh isteri saya duduk di atas kerusi roda berdekatan sehingga isteri saya merasa bayi sudah keluar sehingga menampakkan kepala bayi.

Ketika itu barulah doktor dan jururawat kelam kabut menyambut bayi saya. 

Adakah slogan 'Kami Sedia Membantu' yang diagungkan oleh Kementerian Datuk sehingga hampir menyebabkan kecelakaan terhadap bayi saya?

Harap pihak Datuk dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian layanan seperti ini tidak lagi berlaku. 

Terima kasih.

0 Response to "Geram! Suami Kecewa Terhadap Doktor & Jururawat Bersalin Di Hospital Alor Setar!"

Post a Comment