PARIS: Malaysia boleh dijadikan contoh oleh negara lain dari segi keutamaan yang diberi kepada sektor pendidikan.
Perkara ini dinyatakan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Irina Bokova ketika pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat UNESCO.
“Sokongan moral yang dizahirkan UNESCO kepada kita memberi kita kekuatan untuk mencapai objektif yang digariskan dalam rangka tindakan pendidikan kita,” kata Muhyiddin kepada media Malaysia selepas mengunjungi Bokova dan melawat ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).
Malaysia sudahpun melancarkan Rangka Tindakan Pendidikan Nasional 2013-2025 dan baru-baru ini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata Bokova berpandangan bahawa Malaysia adalah antara negara anggota UNESCO yang bergiat aktif dalam mempromosikan falsafah UNESCO. -Bernama
Home » Luar Negara »
Malaysia »
PENDIDIKAN
» Malaysia boleh dijadikan contoh oleh negara lain dalam pendidikan
0 Response to "Malaysia boleh dijadikan contoh oleh negara lain dalam pendidikan"
Post a Comment