Gempar!!! Kisah Sebenar Misteri Disebalik Kehilangan Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Akhirnya Terjawab!



Gempar!!! Kisah Sebenar Misteri Disebalik Kehilangan Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Akhirnya Terjawab! - Alor Setar: Misteri kehilangan penuntut Program Asasi Pengajian Islam Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kampus Kuala Ketil, Baling, dekat sini, sejak enam hari lalu terjawab apabila dia ditemui dalam keadaan selamat di atas bumbung bangunan di kolej berkenaan , malam tadi.
Difahamkan, Nurul Nadwa Tajul Urus, 19, hilang sejak petang Rabu lalu sebelum dijumpai di atas bumbung bangunan Pusat Asasi yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama wanita kira-kira 11.30 malam.
Dia dikatakan ditemui dalam keadaan sejadah dan al-Quran di sisinya.
Keluarga penuntut terbabit menanti kepulangan anak ketiga daripada tujuh beradik itu untuk pulang ke rumah di Padang Serai, Kulim sempena Aidiladha, namun sehingga lewat malam pada Rabu lalu, dia tidak pulang.
Berikutan itu, mereka nekad mencarinya di asrama penuntut wanita, tetapi gagal. Malah, panggilan telefon juga tidak dijawab menyebabkan keluarganya bimbang dengan keselamatannya.
Pada masa sama, kehilangan Nurul Nadwa terus menjadi misteri menyebabkan seluruh warga KUIN diarahkan solat hajat dan melakukan pencarian di sekitar kampus KUIN dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Pencarian itu membuahkan hasil apabila oleh seorang pegawai kolej terbabit yang juga ustaz mendakwa melihat penuntut terbabit seperti tidak dapat melepaskan diri berikutan dikurung oleh jin dalam bilik kuliah di Pusat Asasi.
Difahamkan, tiada individu lain boleh melihat pelajar terbabit melainkan ustaz itu, selain tidak dapat merobohkan 'pagar' dibuat jin berkenaan melainkan dengan pertolongan semua pihak menerusi solat hajat dan bacaan ayat al-Quran.
Ibu Nurul Nadwa, Zunaidah Hashim, 48, berkata, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu pencarian anak gadisnya yang hilang secara misteri sejak Rabu lalu.
"Saya berharap semua pihak memahami situasi ini kerana bukan kejadian jenayah dan kami tidak mahu memperbesarkan hal ini.
"Kami juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia adalah ketentuan Allah SWT dan bersyukur Nurul Nadwa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.
Sementara itu, jurucakap KUIN ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, namun pihaknya berterima kasih kepada mereka yang terbabit dalam pencarian pelajar perempuan berkenaan sambil berharap tiada pihak cuba memanjangkannya. Hmetro

0 Response to "Gempar!!! Kisah Sebenar Misteri Disebalik Kehilangan Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Akhirnya Terjawab!"

Post a Comment