'Bagaimana Jika Lelaki Tua Ini Adalah Ayah Kandung Awak?'


Saya sedang makan tengah hari di KFC IT Park (Filipina) baru-baru ini. Ketika saya hampir menghabiskan makanan, datang seorang lelaki tua berpakaian lusuh, menyandang beg hitam masuk ke dalam dan menghampiri saya yang duduk berhampiran dengan pintu masuk. Dia menunjukkan kepada saya yang tangannya patah. Dia juga berkata sesuatu kepada saya, namun tiada sepatah pun yang saya faham. 

Bagaimanapun, saya menghulurkan sedikit wang kepada lelaki itu walaupun saya jarang melakukannya kerana saya lebih gemar membelikan makanan untuk diberikan kepada golongan ini. 

Dia juga menunjukkan kepada saya sepucuk surat yang kepala surat tertulis "Dari Pejabat Datuk Bandar". Malangnya saya tidak dapat membacanya. Lalu pengurus KFC berkenaan datang ke arah kami. Saya menjangkakan dia akan menghalau lelaki tua itu tetapi tidak. Sebaliknya, dia menawarkan makanan kepada lelaki itu dan juga turut berbual dengannya.

Sukar untuk mengambarkan perasaan saya melihat adegan ini di depan mata saya sendiri apabila pengurus KFC itu memberikan dia makanan dan sedikit wang serta menghantar lelaki tua itu keluar sampai di pintu premis KFC. Saya hanya tersenyum panjang melihat peristiwa ini dengan perasaan yang penuh bersyukur dan kagum.

Setelah lelaki tua itu pergi, saya pergi bertanya pada pengurus KFC berkenaan apa yang dibualkan oleh mereka serta meminta izinnya untuk memuat naik gambarnya di laman sosial. Apa yang dia minta hanya tidak memasukkan namanya. 

Menurutnya, mengikut polisi restoran, mereka tidak dibenarkan bertolak ansur dengan pengemis. Namun, dia tidak dapat menahan dirinya dari bersimpati terhadap lelaki tua itu tadi, lagi-lagi melihat lengan lelaki tua itu cedera. 

"Saya juga mempunyai seorang bapa seusianya. Bagaimana perasaan awak jika lelaki tua itu adalah ayah kandung awak sendiri?" katanya. 

Tambahnya lagi, anak lelaki tua itu juga turut mengalami masalah mental dan dia tidak mempunyai pilihan yang lain untuk menjaga anaknya sendiri.

Dalam perjalanan keluar dari restoran, aiir mata saya berlinangan. Perkara ini membuatkan kita terfikir akan ramai orang yang merungut tidak mendapat benda yang mereka mahukan seperti beg atau kasut yang mahal sedangkan ada orang lain di luar sana tidak makan seharian atau tidak mampu mendapat rawatan perubatan. Sehingga ada yang sanggup bertelan-jang semata-mata mahu mendapatkan iPhone 6 di China baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, saya juga kagum dan lega bahawa masih ada orang yang baik hati di luar sana seperti pengurus KFC berkenaan yang menawarkan makanan kepada lelaki tua itu tadi. Tindakan mereka itu mengajar kita untuk bersimpati terhadap orang yang mengalami kesusahan tanpa melihat status, jantina, warna kulit, bangsa atau apa-apa saja. 

Semoga Tuhan merahmati anda dan dunia memerlukan lebih ramai orang yang baik seperti anda! - Matteo Guidicelli

0 Response to "'Bagaimana Jika Lelaki Tua Ini Adalah Ayah Kandung Awak?'"

Post a Comment