Ridzuan Hashim Dikritik Kerana Masih Mengunjungi Kelab Malam

Pelakon Ridzuan Hashim masih aktif dalam industri dan merupakan bekas suami pelakon komedi Didie Alias. Ramai antara kita masih mengingati Ridzuan yang pernah memegang watak utama dalam filem seperti Hati Bukan Kristal. Di masa muda, Ridzuan memang kacak orangnya.

 photo 182145vxzbqx3k9fb9kncb.jpg.thumb.jpg
Semalam, teman wanita Hans Wong telah memuat naik gambar dengan kapsyen mengucapkan terima kasih kepada Ridzuan dan ketinggalan artis hot masa kini Fara Mendoza kerana turut menyambut hari ulangtahun kelahirannya di kelab malam.
Gambar itu telah dipadam oleh Carmen, tetapi anda harus ingat sekiranya anda dikenali, apa yang anda muat naik ke Internet akan kekal berada dalam Internet, mungkin dalam bentuk yang lain pula.
Orang ramai mempersoalkan bahawa Ridzuan tidak sepatutnya berada atau berseronok di kelab malam bersama pemudi seperti Carmen dan Fara memandangkan usianya. Menurut mereka, kalau diikut pada logiknya, mungkin jua Ridzuan akan bergelar seorang datuk tidak lama lagi kerana anaknya baru saja melangsungkan perkahwinan.
Sebenarnya ini berita mengenai Ridzuan ke kelab malam bukan perkara baru. Mungkin seperti Tasha Shila dia gemar mencari ketenangan di kelab. Setiap orang kan lain kecenderungannya. Doakan yang terbaik buat Ridzuan. Beautifulnara.com

0 Response to "Ridzuan Hashim Dikritik Kerana Masih Mengunjungi Kelab Malam"

Post a Comment