OH – Seorang wanita bukan sahaja tertekan kerana menjadi mangsa rogol bekas rakan sekerjanya, malah terpaksa hidup dalam keadaan cemas dan bimbang apabila menerima ugutan penyebaran rakaman klip video seksnya oleh lelaki terbabit.
Lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Anwar, 27, itu menggunakan rakaman klip video tersebut untuk memaksa mangsa yang berusia 21 tahun melakukan hubungan tersebut bersamanya.
Bagaimanapun, umpan yang dilakukan lelaki berkenaan akhirnya memakan diri apabila dia berjaya ditangkap, Jumaat lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, mangsa mendakwa, dia yang berkawan dengan suspek sejak dua tahun lalu telah dipelawa untuk keluar minum bersama lelaki itu pada 30 Ogos lalu.
Katanya, semasa berada di kedai itu, dia berasa pening dan tidak sedarkan diri sebelum menyedari telah berada di dalam bilik di sebuah hotel bajet dalam keadaan tidak berpakaian.
“Anwar beritahu yang dia mempunyai rakaman video seks kami dan mengugut untuk menyebarkan rakaman itu jika saya memberitahu hal ini kepada sesiapa.
“Sejak kejadian itu, dia sering menghubungi saya dan memaksa saya untuk melakukan hubungan seks. Jika saya enggan, dia ugut mahu menyebarkan rakaman itu.
“Oleh sebab takut, saya terpaksa ikut kemahuannya dan hubungan itu berlaku kira-kira lima kali sebelum yang terakhir bulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Wanita itu berkata, oleh kerana tidak tahan diganggu, dia akhirnya membuat keputusan memberitahu mengenai kejadian malang itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bercham, Lim Huey Shan.
“Saya berasa lega apabila dia ditangkap. Sebelum ini saya sering berasa takut dan bimbang dengan ugutan lelaki itu,” ujarnya.
Sementara itu, Huey Shan berkata, lelaki berkenaan berjaya ditangkap selepas mangsa bersetuju untuk bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kencana, Bercham.
Katanya, seramai 20 orang anggota Rukun Tetangga terlibat untuk memerangkap suspek sewaktu mangsa mengambil lelaki berkenaan dengan menaiki kereta.
“Anwar tidak mempunyai kenderaan dan setiap kali dia memaksa untuk melakukan hubungan seks, mangsa akan mengambilnya dengan kereta.
“Kami menangkap lelaki itu sewaktu dia berada di dalam kereta mangsa. Lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
- Utusan Online

0 Response to ""Anwar rogol, rakam aksi seks kami...""
Post a Comment