KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh 30 minit status Facebook rasmi Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai lawatan di Itali, 2 Oktober lalu terus dihujani lebih 250 komentar yang majoritinya menyindir hobi boros berbelanja isteri Perdana Menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor.
Status Facebook yang dimuatnaik kira-kira pukul 8.00 malam berserta foto memaparkan aksi Najib dan Rosmah berjalan di atas permaidani merah sambil bersalam itu dilihat menarik perhatian rakyat berbilang kaum.
Antara komentar ringkas tetapi ‘pedas’ pengguna media sosial itu berkenaan lawatan suami isteri pemimpin Malaysia penuh kontroversi yang dikatakan turut akan menemui beberapa tokoh korporat ialah, “Alhamdulillah... Dapat shopping lagi”,
“Shopping jangan tak shopping”, “Lawatan kerja sambil shopping” dan “Ajak bini shopping ke?”
“Shopping jangan tak shopping”, “Lawatan kerja sambil shopping” dan “Ajak bini shopping ke?”
Terdapat juga komentar yang secara jelas menyebut nama Rosmah atau mengaitkan sifat fizikal tubuh Penaung Program Permata Negara (Permata) itu seperti
“Kak Rose shopping sakanlah nampak gayanya”, “Shopping handbaglah Semah”, “hippo shopping trip”, “Datin pergi shopping” serta “rambut tebal pun kerja sekali ke Dato’?”
Sementara itu, pelbagai ulasan lain yang turut mengaitkan dengan penyusutan nilai mata wang negara, bahkan teguran tentang aurat Rosmah turut dilontarkan rakyat pada ruangan komentar di status Facebook Najib itu.

“Hang sibuk kat luar tu apahai? Ingatlah, macam mana nak pulihkan ringgit tu!” kata Ooi Siong diikuti Padil yang menulis, “New York, Milan. Lepas ini Paris, London, Dubai... Terbaik Dato’ Seri. Kipidap!”
manakala Ashraff pula meninggalkan komentar berbunyi,
“Yang belakang tu, kenapa tak pakai tudung? Hairanlah”.
manakala Ashraff pula meninggalkan komentar berbunyi,
“Yang belakang tu, kenapa tak pakai tudung? Hairanlah”.
Najib dalam kenyataan di Facebook tersebut juga memberitahu akan menyertai sambutan Hari Malaysia yang dirancang penganjur Expo Milano 2015, Festival Makan Malaysia serta menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kapten industri Itali mengenai perdagangan dan pelaburan.
Walaupun status Facebook Najib dibanjiri sindiran dan cemuhan rakyat, tetapi seperti kelazimannya Presiden Umno melalui pentadbir laman Facebook Najib Razak itu tidak meninggalkan sebarang reaksi. Sumber Kasih Qumedia
0 Response to "Rosmah Di Sindir Di Karpet Merah"
Post a Comment