CHE Mat menunjukkan SMS yang dihantar Ida.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Che Mat mendakwa isterinya dipanggil Ida, 29, memadukan dia kerana masih berstatus isteri ketika mereka bernikah di Narathiwat, Thailand, dua tahun lalu.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila Ida didakwa menikahi seorang lagi lelaki lain, baru-baru ini menjadikan dia kini menjalani kehidupan bermadu tiga.
“Memang macam kisah madu tiga. Saya sangka saya seorang yang menjadi mangsa penipuannya, rupanya ada juga lelaki lain yang berkahwin dengannya selepas saya.
“Saya hanya mengetahui perkara itu ketika pulang ke rumah mentua di Kedah, 1 September lalu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Kampung Beris di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78117#sthash.iveZfaDK.dpuf
0 Response to "Suami ‘dimadu tiga’"
Post a Comment