
Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”
“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.






Related Posts :
[VIDEO MENGERIKAN!] Rakaman Saat-Saat Kren Tumbang Di Masjidi Haram, 107 Maut, 238 Cedera Parah!Insiden Kren Tumbang Di Masjidilharam: 107 Maut, 238 CederaRIYADH: Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat… Read More...
Keluarga Ini Tinggal Dalam Bangkai Pesawat Kapal Terbang Yang DilupusBANGKOK 13 Sept. - Tiga keluarga miskin warga Thailand sanggup menjadikan kawasan pelupusan bangkai kapal terbang di ibu negara sebagai temp… Read More...
Bayi 6 Minggu Mabuk, Susu Formula Dicampur Dengan VodkaKENOSHA (AMERIKA SYARIKAT) - Gara-gara tindakan bodoh si bapa, seorang bayi berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital selepas dia diberi minum… Read More...
Ketika Isteri Tiada, Adik Ipar Masuk Ke Bilik Suami Dengan Hanya Berpakaian Dalam [Kisah Benar]Saya berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah … Read More...
Trend Selfie Level Tertinggi Yang Anda Perlu Belajar Masa Kini!Terbaik!! Gambar Selfie Level Tertinggi Yang Korang Perlu Belajar Masa Kini| Who needs selfie sticks? One-footed selfies are next levelSumbe… Read More...
0 Response to "AL-FATIHAH : 5 GAMBAR WAJAH TERAKHIR BENJI SEBELUM DIHUKUM KE TALI GANTUNG .."
Post a Comment