Myza K., nak ambil suami orang, jiwa kena kental. Baru WhatsApp sikit, dah block. Baru like cover photo WeChat pun block. Nak sangat lelaki murahan ini, mehlah minta izin. Saya memang nak bagi saja tapi lelaki murahan ini yang buat susah.
Bangga sangat kan up gambar dengan suami orang. Meh aku tolong postkan juga.
Bulan 8, honeymoon Cameron. Bulan 9 ke Langkawi. Tapi nafkah anak tiga bulan baru merasa sekali. Ingat anak minum susu tiga bulan sekali ke apa?
Hari itu bukan main tipu kata dah tak ada hubungan dah. Tak hairan, takkan kena suap duit sikit pun cair? Tak hairanlah setakat naik BMW singapura!
Sebelum ini aku diam saja tapi nampak melampau tarikh Court pun tak hadir. Lelaki yang baik pandai jaga maruah tetapi ini langsung siap duduk serumah lagi dan paling malu hari-hari meroyan di inbox mak aku apa pasal?
Kasihan, bodohnya betina murahan. Dengan kau pun dia masih boleh inbox semua itu pada mak aku.
Adik betina ini friend Facebook aku. Tolong tarbiah sikit kakak kau supaya menjadi manusia. Jangan jadi babi menyondol taman orang. Nanti karang ada babi pula sondol kau punya keluarga baru kau rasa.
Ramai yang cakap saya kuat, saya tabah. Pernah fikir tak hati saya yang berdarah berapa ratus kali untuk menjadi sekuat ini? Sampaikan jadi apa pun sekarang saya dah tak ada rasa sakit hati. Penat 8 tahun melayan semua karenah buruk dari dia dan semua ahli keluarga saya sangat sayangkan dia sebab itu bertahan.
Perempuan, pukul, penipuan, dipinggirkan, ditinggalkan dan disampahkan. Memang ada baiknya tetapi satu kebaikan tertutup dengan 10 keburukan.
Saya tidak kata saya sempurna. Saya pun ada salah saya. Salah saya sebab tak boleh percayakan dia. 10 patah keluarga dari mulut satu pun tak boleh percaya dan saya garang. Saya marah sebab saya selalu ditipu setiap masa. Kadang-kadang tak tahu mana perkataan yang jujur dari dia walaupun dia tengah memujuk.
Saat dia jatuh tersungkur, saya menyahut dengan memberikan harapan.
"Satu hari kita akan bangun semula. Bersabarlah,"
Saya korbankan segala keringat saya mencari rezeki membesarkan anak-anak, menjaga rumah dan taat. Tetapi yang indah tidak bertahan lama. Saya ditipu, diperbodohkan tetapi saya diamkan saja. Saya tahu malamnya di kelab tetapi saya tak nak pertikaikan sebab saya tahu bodoh dia pergi lagi jauh. Sampai Allah nak tunjuk semua permainannya.
Masa itu, saya terduduk menangis sekuat-kuat hati. Kejamnya seorang suami, terlalu kejam! Pengorbanan saya dibalas dengan kecurangan. Saya diam bila hak-hak saya dan anak terabai. Sebaliknya saya pula menghulur duit poket untuk dia. Ya, kecewa itu perlu, menangis itu juga perlu untuk melepaskan segala apa yang ada di dalam hati. Tetapi kecewa tidak perlu berpanjangan, cukulah sekadar seminggu menangis, meraung dan meratap selebihnya. Belajar redha, berhenti bertanya kenapa, mengapa dan kalaulah. Ubah kepada;
"Ya Allah, ini ketentuan dariMu. PerancanganMu lebih baik. Engkau lebih mengetahui, memberi aku kesabaran untuk berjalan di setiap dugaanMu. Tersenyumlah semua akan menjadi indah suatu masa nanti,"
Saya dan dia jauh berbeza. Saya tidak sosial tetapi dia bergaul tanpa batas. Saya dulu tidak bertudung. Saya pun seksi juga tetapi sampai bila saya nak terus tersesat?
Ingat lagi Mei 2014, saya beritahu dia yang saya nak bertudung. Saya tanya dia dan dia jawab okay. Saya tahu dia tidak ikhlas sebab dia suka yang seksi, hot dan bergaya. Tetapi saya teruskan niat saya. Umur semakin meningkat, anak semakin membesar dan saya perlu berubah. Di setiap doa, saya memohon jika dia bukan yang terbaik untuk agamaku, masa depanku dan anak-anakku, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku.
Peluang, beribu kali sudah diberi tetapi berubah hanya untuk empat bulan. Tipu kalau kata saya tidak sayangkan dia. 8 tahun saya terima semua keburukan dia, dari mula kahwin sampai ke hari ini tidak terkira curangnya. Tidak terkira perempuannya dan tidak terkira di tangan dan di kakinya kalau orang lain mungkin sudah lama angkat kaki. Tetapi saya memilih untuk terus memberikan peluang sampai ke tahap saya sudah tidak boleh terus berlembut. Kalau saya tidak menolong diri saya keluar dari masalah ini, siapa lagi yang akan menolong saya?
Keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang dalam dilema, berilah dorongan dan jangan dihina atau dikeji. Itulah kekuatan yang ada nasihat untuk kebaikan. Keluarga saya tidak pernah jemu memberikan kasih sayang dan dorongan yang menjadikan saya lebih tabah dan kuat.
Untuk isteri-isteri, jika ada masalah, cubalah bangun tahajud. Renung mana yang salah sendiri, muhasabah diri, akan terjumpalah jawapan dan kesilapannya. Saya memang sudah tidak percayakan dia lagi. Saya garang, garang kerana selalu diperbodohkan dan saya banyak marah kerana mahu dia menjadi lebih baik serta tinggalkan yang tidak baik.
Yang baik ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kalau ada yang tidak baik, maafkan saya. Saya manusia biasa bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi sharing is caring, pengalaman mematangkan isteri. Bertabahlah, bersabarlah jika hak-hak kamu diseleweng dan untuk perampas, keep calm dan don't give up + keep it up. Kirafah dosa itu pasti. Saya sudah merasa, pasti kamu juga akan merasa melainkan dia betul-betul insaf. Bukan insaf mainan di mulutnya sahaja. Saya lebih mengenalinya baik dan buruk. - Nelli
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'8 Tahun, Kesetiaan Saya Dibalas Dengan Kecurangan' "
Post a Comment