Bukan semua speech delay itu autisme. Ada pula yang macam hampir-hampir autisme tetapi bukan pula autisme. Ada yang hanya masalah pada sensori. Jadi, dia ada cabaran besar nak menerima input dan nampak macam sikit-sikit autisme tetapi bukan.
Ada yang hanya masalah pada interaksi sebab gadget abuse (yang ini istilah saya reka sendiri) sejak bayi lagi. Jadi, nampak macam sikit-sikit autisme tetapi bukan. Ada yang masalah tingkah laku, tantrum dan aktif, jadi nampak seperti autisme tetapi bukan.
Kalau nak tahu autisme atau bukan, buat penilaian dengan Pakar Psikiatri Kanak-Kanak. Kebanyakkan hospital besar ada. Tetapi biasanya perlu mengikut prosedur : pediatrik - Audiology - ST - OT - Child Psychiatry.
Ada juga doktor pediatrik yang terus rujuk ke Child Psychiatry. Mungkin ibu bapa boleh request dan tanya pendapat doktor.
- Progress mereka lebih cepat bila mereka lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya. Sila hantar ke tadika.
- Mereka boleh bercakap, bukan tak boleh bercakap langsung. Tetapi lambat, berbanding rakan sebaya. Rakan sudah bercerita ayat lima patah, dia masih cakap sepatah-sepatah selang dengan bahasa Jerman.
- Mereka faham arahan rutin, boleh juga jawab soalan mudah seperti Siapa? Apa? tetapi tidak boleh mengikut arahan yang panjang. Bila kita tnaya, dia tidak menjawab atau mengulang sedikit ayat yang kita tanya tadi. Nampak macam echolalia yang autisme itu tetapi ini bukan. Dia ialah echolalia yang wujud sebab dia lambat berkembang. Patutnya dah hilang pada umur 2 tahun lebih, tetapi masih ada.
- Mereka boleh bermain dengan baik, bergaul dengan budak lain. Tetapi masih keliru untuk bergilir, tidak tahu berkongsi dan mudah tantrum sebab tidak reti menyampaikan apa yang dia marahkan.
Nampak tak? Sebab itu, bukan semua speech delay itu autisme. Nampak macam, tetapi bukan. Makanya, tidak semestinya bahasa Jerman, echolalia dan tantrum itu adalah autisme. - Ruby Atika | PIXEL MEDIA
0 Response to "Bukan Semua Speech Delay Itu Autisme"
Post a Comment