Gempar !!! Belah Perut Ibu Saudara Untuk Selamatkan Bayi Kembar

ABUJA - Seorang wanita terpaksa mengambil tindakan di luar batasan bagi menyelamatkan bayi kembar dengan membelah perut ibu saudaranya sendiri, selepas doktor enggan membedahnya kerana tidak mempunyai wang.

Wanita terbabit terpaksa berbuat demikian selepas doktor dan jururawat enggan membedahkan mangsa selain tidak membenarkan mereka membawa mayat wanita warga Cameroon itu masuk.




Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak. Namun, anak kembar yang dikandungnya itu masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.

Bimbang dengan nyawa dua anak kembar yang dikandung oleh mangsa itu terancam, anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dalam keadaan cuaca panas terik.

Akibatnya, tempat 'pembedahan' itu dipenuhi dengan darah dan kakitangan hospital terpaksa membersihkan kawasan itu selepas mayat mangsa dibawa pergi. - PIXEL MEDIA







Related Posts :

0 Response to "Gempar !!! Belah Perut Ibu Saudara Untuk Selamatkan Bayi Kembar"

Post a Comment