Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.17 pagi tadi.
Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang sekitar jam 2 pagi semalam akibat serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.
Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.
Sebelum ini, Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas, Sham Amir Hussain berkata, doktor mengesahkan keadaan komposer itu sedang tenat malah turut meminta ahli keluarga berada di sisinya untuk memberikan semangat.
"Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
“Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat," katanya.
Adnan merupakan komposer yang bertanggungjawab menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim melalui karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.
Sumber: bulletinmedia
Related Posts :
Video: Pasangan Ini “Diganggu” Selepas Menonton Filem The Conjuring 2Kisah ini dikongsikan oleh Damnian Ng di Facebooknya.Selepas menonton filem The Conjuring 2, kami pulang ke hotel sekitar jam 2.30 pagi. Dis… Read More...
'Perjalanan Terakhir, Ho Chi Minh, Vietnam...'HO CHI MINH - Seorang lelaki warganegara Malaysia, ditemui mati di dalam bilik hotel di bandar itu, pada 28 April lalu. Mangsa, Mohd Az… Read More...
'Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?'KUALA TERENGGANU - Demikianlah persoalan dari tuan empunya badan yang baru berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun. Gambar yang dimu… Read More...
'Perjalanan Terakhir, Ho Chi Minh, Vietnam...'HO CHI MINH - Seorang lelaki warganegara Malaysia, ditemui mati di dalam bilik hotel di bandar itu, pada 28 April lalu. Mangsa, Mohd Az… Read More...
Rebus Anjing Hidup-Hidup Untuk Hidangan KenduriKejam….imej penduduk di sebuah kampung di China merebus anjing hidup-hidup bagi dijadikan hidangan untuk satu kenduri di kampung berkenaan t… Read More...
0 Response to "Sayu.. "Tuhan Lebih Sayangkan Awak Pa" - Anak Arwah Adnan Abu Hassan, AL-FATIHAH [5 GAMBAR]"
Post a Comment