Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.
Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.
Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.
AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.
Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.
Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.
Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.
Sumber: viralberita
Related Posts :
"Kau tu dah tua, sakit nak mampus,” Isteri Amy Search Maki YazitDrummer kumpulan Search iaitu Yazit telah mendedahkan satu kejadian dia dimaki oleh Norhasniza, isteri kepada vokalis kumpulan Search iaitu … Read More...
Kerana 20 gambar ni, lelaki pasti tak akan percaya melihat gambar gadis seksi ni..Setelah melihat gambar seterusnya Namun Tak Sangka...Sumber… Read More...
Giliran Isteri Hafidz Pula BERSUARA Lepas Dihina Muka Hodoh ! Memang Tak Sangka Dia Cakap Macam Ni !PETALING JAYA, 5 Mei: Pelakon drama Tundukkan Playboy itu, Hafidz Roshdi, memaafkan pengikut Instagam yang telah melemparkan kata-kata kesat… Read More...
[KEMASKINI] Nahas Sebuyau, Pihak Penyelamat Temui Serpihan Helikopter HilangKUCHING: Perdana Menteri sebentar mengesahkan pihak penyelamat telah menjumpai serpihan helikopter helicopter Eurocopter AS350 yang dil… Read More...
Kerana Kasihan, Lelaki Ini Tumpangkan 2 ‘Mat Salleh’ Di Cameron Highlands Namun Tak Sangka…Jika diamati Malaysia merupakan antara destinasi percutian yang sering menjadi pilihan pelancong dari luar negara untuk bercuti. Selain… Read More...
0 Response to "ZALIM!! Hanya Kerana Buat Bising, Bapa Bertindak DILUAR JANGKAAN Terhadap 5 Anaknya!!"
Post a Comment