SEORANG lelaki yang dikehendaki polis susulan kes bunuh seorang rakyat Malaysia di bilik hotel Ho Chi Minh pada 28 April lalu, telah tampil untuk membantu siasatan.
Mohamad Zulfaeez Khalid, 31, yang merupakan rakan sebilik kepada mangsa, Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, dilaporkan hadir ke Balai Polis Chiang Mai untuk memberi keterangan.
“Assalamualaikum semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia. Saya Mohamad Zulfaeez bin Khalid sekarang berada di Balai Polis Chiang Mai dengan Selamat.
“Apa-apa informasi boleh hubungi Mr Roger Dennerley, foreigner police officer in Chiang Mai 66 850 200 100. Sekarang tengah menunggu respond dari Kedutaan Malaysia.
“Segala bantuan amat dihargai. Semoga segala urusan dipermudahkan. Al-fatihah buat sahabat aku Mohamad Azhar bin Abdull Wahab @ Are Disorder Up The Punk!!” tulisnya di laman Facebook, seperti yang dipetik dari portal Pixelperfext.
Mohd Azhar yang merupakan vokalis kumpulan punk Svatantrata ditemui meninggal dunia pada jam 7 malam oleh pekerja hotel yang terpaksa merempuh pintu bilik tersebut selepas mangsa tidak menyahut ketukan dari luar.
Keadaan mangsa dilaporkan mempunyai kesan kelar pada kepala dan bahu, serta terdapat kesan darah pada lantai hotel.
Terdahulu, pihak media tempatan Vietnam mendakwa, Zulfaeez disyaki terlibat dalam kes tersebut berikutan kehilangannya selepas kes terbabit. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts :
Saya Suka Islam Tapi…- Acappan Nafi Peluk Islam & Minta Henti Sebar Berita Tak BetulBulan Ramadan ni memang banyak keberkatan dan rahmat Allah beri pada kita, bukan setakat untuk umat Islam tapi untuk yang bukan Islam jugak.… Read More...
BUAT SEMUA SUAMI DI LUAR SANA, JANGAN CUBA-CUBA CURANG KALAU TAK NAK JADI MACAM NI !!!Memetik Pattaya One, sebelum wanita itu memotong kemaluan suaminya dengan pisau, dia berpura-pura memaafkan suaminya dan melakukan hubungan … Read More...
Gadis Cantik Ini Menikah Dengan LELAKI MISKIN Kerana Kecewa Dan Patah Hati, Namun Apa Yang DIBERIKAN Lelaki Ini Kepadanya Selepas 1 Minggu Berkahwin Amat Mengejutkan Dan Membuatnya MENANGISGadis cantik ini menikah dengan LELAKI MISKIN kerana kecewa dan patah hati, namun apa yang DIBERIKAN lelaki ini kepadanya selepas 1 minggu b… Read More...
Sungai Kering Kedah : Remaja Bunuh Diri Bila Bapa Beritahu Hendak Jual MotorRemaja Bunuh Diri Karena Bapa Ingin Jual Motor Untuk Sara HidupSeorang remaja akhir yang diperkirakan berumur lebih kurang 21 tahun ditemui … Read More...
'Pandai² Awaklah Nak Sara Hidup Isteri Kedua'Suami saya kahwin lain, tetapi gajinya sikit dalam RM1,800. Okaylah, itu rezekinya. Selama saya berkahwin dengan dia, saya bekerja dan … Read More...
0 Response to "Rakan Sebilik Azhar Di Vietnam Tampil Beri Keterangan"
Post a Comment